Thursday 8 May 2014

Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim..As-salam,syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih lagi bernafas di muka bumi ini.Terima kasih kepada yang sudi melawat ke blog ini.Blog ini di tubuhkan untuk tujuan memberi maklumat tentang institusi-institusi Islam yang banyak berkembang khususnya di negara Arab Saudi.Hal ini supaya memudahkan dan memberi maklumat kepada orang ramai tentang institusi yang ada di negara tersebut.Ada sesetengah kepada kita tidak mengetahui institusi yang terdapat di negara Arab Saudi.Oleh itu,blog ini diwujudkan supaya kita sama-sama berkongsi maklumat tentang institusi-institusi perkembangan Islam di sana.Selain itu,Sekiranya terdapat institusi daripada pihak tuan dan puan yang kami tidak nyatakan,kami mengalu-alukan perkongsian tersebut daripada pihak anda untuk kita sama-sama menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan maklumat di dalam blog ini.Sama-samalah kita menyumbang ilmu pengetahuan untuk memperkembangkan agama Islam.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites