Masjid Nabawi

Masjid al-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبويal-Masjid al-Nabawīy), disebut "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin, Masjid Nabawi tidak memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang tingginya lebih kurang 27.5 meter (90 ka) pada empat sudut.
Pembinaan menara Kemudian diikuti Qaitbay yang membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.


--------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------




Alamat : Haram Al Madinah,
               Medina 42312,
               Saudi Arabia

Telefon : +966 4 823 9863
akitek : Muhammad



Sumber : www.wikipedia.org

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites